Tuesday, February 28, 2012

BELAJARLAH DARI MATAHARI

Pedang paling kuat dan tajam adalah logam besi
yang mendapatkan tempaan paling keras pada nyala api
yang sangat panas,
maka jangan kamu berharap menjadi kuat
jika tidak berani hadapi ujian dan kerasnya hidup ini.

Sebatang mancis tidak akan bernyala
bercahaya dan bermanfaat sebelum ia terbakar
jangan pernah harap kejayaan tanpa perjuangan dan pengorbanan
tidak akan berhasil seseorang sebelum merasakan kegagalan.

Jadilah orang yang selalu memberikan kebahagian
Walaupun hanya dengan sapaan, salam dan sebuah senyuman
jangan pernah  mementingkan diri sendiri
Belajarlah dari Matahari yang mampu untuk bersinar lebih lama lagi…
Tetapi dia tetap memberi peluang untuk sang bulan untuk menunjukkan diri.

Sahabat….
Kemenangan adalah saat dimana kita dalam keterbatasan
tetapi masih sanggup menghasilkan karya terbaik yang mengagumkan
Kemenangan adalah saat kita ikhlas memberikan jalan-jalan kebahagiaan
Kepada orang-orang yang begitu memerlukan pertolongan.

Sahabat….
Kemenangan adalah saat kita mampu memaafkan kesalahan
meskipun kita telah dikecewakan dengan begitu dahsyatnya
Kemenangan adalah saat kejujuran lebih kita utamakan
Daripada mendahulukan ego dan kepentingan diri sendiri
Kemenangan adalah saat kita mampu memberikan yang terbaik
meskipun kita dalam keadaan yang apa adanya.

Sahabat….
Jika kamu tidak tahu atau bingung
tentang siapa yang kamu sangat sayangi
Ingatlah saat-saat dimana kamu berada
dalam suasana yang tidak ingin kamu kenang
disitulah kamu mengenali dirimu sebenarnya
disitulah kamu juga tahu siapa yang paling kamu sayangi.

Cara membalas dendam terbaik adalah hidup dengan lebih baik
daripada orang yang membenci atau menyakiti kita..

Sunday, February 26, 2012

CARA RASULULLAH (s.a.w.) MENGELAK & MENYEMBUHKAN PENYAKIT

Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka
jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati,
tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan
mereka mempunyai mata(tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat
(tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi)
tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu
sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka
itulah orang-orang yang lalai.(Al A'raaf:179)

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing,
gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu
melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat
orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang
boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki
ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak
menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya)
iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu,banyak bertanya tanpa
ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah
bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki,
berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail
(beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di
waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir
di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat
iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan
khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu
sentiasa makan buah yang masam,tidur pada tengkuk (belakang kepala),
hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya
daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan
sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan
berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan
penyakit (Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)"

Pesanan dari LUQMANUL HAKIM

Nasihat Luqman kepada Anaknya (Surah Luqman)

1. Hai anakku! Jangan kamu mempersekutukan Allah kerana perbuatan mempersekutukan Allah itu adalah  satu kezaliman yang besar.
2. Hendaklah kamu patuh dan berbuat baik kepada kedua ibu bapamu.
3. Jika kedua orang tuamu memaksamu untuk mempersekutukan Allah maka janganlah kamu mengikutinya.
4. Hendaklah kamu mendirikan solat, menyuruh manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah perbuatan mungkar serta sabarlah terhadap cubaan apa sahaja yang menimpamu.
5. Jangan berlagak dan berlaku sombong lagi angkuh, kerana Allah tidak suka kepada orang-orang yang
sombong dan membanggakan diri.
6. Hendaklah kamu sederhana dalam berjalan dan lunakkanlah serta lembutkanlah suaramu.

Sebelum wafatnya, Luqmanul Hakim berkata kepada anaknya:


"Hai anakku, telah banyak yang aku wasiatkan kepada kamu. Kini aku berwasiat mengenai enam perkara yang telah dikandung oleh orang-orang berilmu sejak dahulu.

1. Janganlah direbutkan dunia kecuali sekadar untuk memenuhi sisa umurmu.
2. Sembahlah Tuhanmu menurut keperluanmu kepadaNya.
3. Beramallah untuk akhirat sesuai kehendakmu untuk tinggal di sana.
4. Berusahalah menghindarkan dirimu dari bakaran api neraka selama engkau belum yakin akan selamat darinya.
5. Sesuaikan keberanianmu dalam berbuat berbuat derhaka dengan kemampuan kesabaranmu menerima
azab Allah s.w.t.
6. Jika engkau menderhakai Allah, maka carilah tempat sehingga engkau tidak dilihat oleh Allah dan
malaikatnya.

"Luqman mengajak puteranya ke pasar dengan berkenderaan keldai. Pertama, ia yang berkenderaan dan anaknya yang menuntun. Orang ramai pun mencela, "Orang tua kejam, dia berkenderaan dan anaknya disuruh berjalan." Kemudian dia menyuruh anaknya ikut naik sekali, orang pun mencela, "Bagaimana dua orang naik satu keldai." Lalu turunlah Luqman sedang anaknya tetap di atas. Tiba-tiba ada yang mencela, "Anak kurang ajar, bapa dijadikan buruh menuntun keldai." Lalu Luqman menyuruh anaknya turun dari keldai. Orang mencela lagi, "Bodoh benar keldai tidak dinaiki malah dituntun." Dengan ini Luqman cuba menunjukkan kepada puteranya bahawa orang yang beramal untuk mengambil hati orang lain tidak akan selamat dari cacian mereka."

Luqman berpesan kepada anaknya:

"Hai anakku! Hendaklah dirimu merasa takut memuliakan orang yang celaka, mencerca orang yang berakal, menghina orang yang mulia, bergurau dengan orang yang bodoh, bersahabat dengan orang jahil dan berkelahi dengan orang yang jahat. Awal kesempurnaan kebajikan itu ialah bersegera kembali kepadaNya.

Hai anakku! Tiga perkara kebajikan ada pada manusia iaitu:
1. Baik terhadap sesama manusia.
2. Menanggung kesalahan saudara.
3. Sedikit jemu dengan sahabat.

"Permulaan marah itu ialah gila, kesudahannya ialah menyesal."

Hai anakku! Tiga perkara kebaikan pada manusia iaitu:
1. Bermusyawarah kepada orang yang memberi nasihat.
2. Bermuka manis dan berlemah lembut kepada musuh dan orang yang dengki.
3. Menyatakan kasih pada semua orang.

Hai anakku! Orang yang tertipu adalah orang yang berpegang kepada tiga perkara:
1. Orang-orang yang membenarkan kepada sesuatu yang tidak dilihatnya.
2. Orang yang suka kepada orang yang tidak mempercayai dirinya.
3. Orang yang tamak terhadap apa yang tidak diperolehi dirinya sendiri.

Hai anakku! Takutlah kamu kepada sifat dengki. Sifat dengki itu akan membinasakan agama, melemahkan kemahuan dan kesudahannya adalah penyesalan.

Hai anakku! Duduklah bersama ulama! Rapatkanlah mereka dengan kedua lututmu! Sesungguhnya Allah s.w.t. menghidupkan hati dengan nur-hikmah (ilmu) seperti menghidupkan bumi dengan hujan dari langit.

"Apabila engkau berbuat satu kesalahan berikanlah sedekah."

Hai ankku! Juallah duniamu dengan akhiratmu, nescaya engkau akan beruntung dari keduanya. Dan janganlah engkau jual akhiratmu dengan duniamu. Nescaya engkau akan merugi dari keduanya.

Hai anakku! Berdesak-desaklah kamu dengan ulama, dengan dua lututmu! Janganlah kamu bermujadalah dengan mereka! Kerana mereka nanti akan mengutukmu. Ambillah dari dunia, sekadar bekal ke akhirat! Belanjakanlah kelebihan usahamu bagi akhiratmu! Janganlah kamu menolak dunia secara keseluruhannya! Jangan bergantung kepada orang. Janganlah sekali-kali demikian! Puasalah dengan puasa yang menghancurkan nafsu syahwatmu! Jangan kamu berpuasa dengan satu puasa yang mendatangkan mudarat kepada solatmu! Kerana solat sesungguhnya lebih utama daripada puasa. Jangan kamu duduk-duduk dengan orang yang kurang fikiran. Dan janganlah kamu bercampur baur dengan orang bermuka dua."

Hai anakku! Janganlah kamu tertawa dari hal yang tidak menakjubkan! Janganlah kamu berjalan tanpa tujuan! Jangan kamu bertanya tentang hal yang tidak perlu bagimu! Jangan kamu menyianyiakan hartamu dan malah harta orang lain kau jadikan bermanfaat. Sesungguhnya dahulukan hartamu dan tinggalkanlah harta orang lain.Hai anakku! Sesungguhnya siapa yang mengasihani orang nescaya ia dikasihani. Dan siapa yang berdiam diri nescaya selamat.Siapa yang menyatakan kebajikan nescaya memperolehi hasil. Siapa yang menyatakan kejahatan nescaya berdosa, dan siapa yang tidak menguasai lidahnya nescaya menyesal.

Hai anakku! Sesungguhnya emas itu dicuba dengan api. Dan hamba yang soleh itu dicuba dengan bencana. Maka apabila Allah mengasihani sesuatu kaum nescaya dicubaNya mereka, siapa yang rela, dan siapa yang marah nescaya Allah pun marah.

Hai puteraku, sesungguhnya dunia ini adalah lautan yang dalam. Banyak manusia yang tenggelam di dalamnya. Jadikanlah taqwa sebagai bahteramu di dunia ini, muatannya ialah iman dan layarnya berserah diri kepada Allah, mudah-mudahan engkau selamat.

Hai anakku! Dunia adalah lautan sedangkan iman adalah perahu. Pelautnya adalah ketaatan dan pantainya adalah akhirat."

(Himpunan Nasihat Tokoh-tokoh Islam Sedunia, pg 120-123)