RINDU

Sedalam manapun terbelah jiwaku,
tak seorang pun merasa lukanya.
Sebesar manapun dukaku,
tak siapa turut mengerti rasa itu.
Cukuplah aduku pada Sang Pencipta,
yang mengirim rasa rindu ini dalam kalbu.
Tuhan,
aduku padaMu cuma,
kerana Kau yang lebih tahu ciptaanMu.
Tuhan,
aku rindu pada sesuatu
yang bukan milik aku.
Rindu yang hancurkan hidup aku.
Tolonglah, Tuhan.
Aku merayu,
halakan rindu ini hanya padaMu.
Aku terlalu ingin bertemuMu,
dan tinggalkan dunia lalu.


10 Julai 2011, Taiping.
[16:51]