Di bawah pokok ceri
tempat laluan tiga orang gadis
tumpang berteduh dari terik sinar mentari
setiap pulang dari menuntut ilmu.
Di bawah pokok ceri
tiga gadis bersenda bergurau tiada henti
menyuburkan rasa girang dalam hati.
Di bawah pokok ceri
tiga gadis berlumba mencari buahnya
mengumpul untuk dibawa pulang
buat habuan teman yang lain.
Di bawah pokok ceri
di Universiti Islam Antarabangsa
