Seorang Professor tua
berjanggut putih
sama ubannya
masik kacak, segak dan bersih.
Seorang Professor tua
mengusung buku dan fail
senarai nama pelajar
dan 'course outline'
tak mungkin lupa.
Seorang Professor tua
masih gagah mengatur langkah
meneroka dari alam satu kelas
ke kelas yang satu lagi
demi kejayaan anak bangsa.
Seorang Professor tua
masih petah menyusun bicara
indah budi bahasa
bijaksana makhluk Allah ini
bisa menawan sesiapa sahaja
yang mendengar.
"Faham,"
"Aku suka kelasnya,"
"Aku suka dia yang ajar."
Antara suara-suara kagum.
Seorang Professor tua
Professor Mohamed Aris bin Haji Othman
terima kasih
tiada terhingga ...
(22 Julai 2008)