Saat aku masih mengenang akan peritnya keindahan yang pernah aku kasihi dulu, aku membawa diri ke tempat yang banyak mengajar aku tentang berdikari, dan pendirian diri. Di Library Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, aku menghabiskan masaku di suatu petang di sudut Literature untuk aku membaca mana-mana bahan bacaan yang patut. Hatiku sungguh tertarik dengan puisi Dato' A.Samad Said berjudul "Nada di Tanduk Duri", yang diterbitkan dalam Irama pada Mei 1955.
Puisi ini benar-benar menepati rasaku kala itu yang melalui sesuatu yang hampir sama dengan apa yang ditulis beliau...

Tiada bergema jiwa kelana sekian lama
mengharap kasih tenang menyujud di lutut hati,
tiada suara melimpah mesra mendendang lara
membawa hiba ganas bertakhta di kalbu sepi.
Pada kekasih sengaja menyimpang menggila pelukan
untaian kata semurni kasih aku beri
bila tiada teman bermesra di hari hadapan
usahlah berpaling mendakap aku meminta hati.
Segala kasih yang pernah kusembah sepenuh jiwa
biar terlempar ke lecak lumpur berbuih nista
kerana di hati mengamuk sudah benci menyala
kalau merela mercupnya cinta berbunga dusta.
Kekasih hati setia tiada dalam bercinta
marak api membakar liar menghangus jiwa.

No comments:
Post a Comment